Friday, May 6, 2022

GAMBAR KELAS

 Salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi beberapa gambaran mengenai pengalaman tuisyen saya selama tujuh tahun terakhir. Walaupun hanya sebahagian kecil daripada koleksi saya, ia mencerminkan sebahagian daripada perjalanan saya sebagai seorang pendidik. Pada mulanya, saya memberikan tuisyen secara tradisional di rumah pelajar sebelum beralih sepenuhnya kepada tuisyen dalam talian pada tahun 2020.

Semasa di perkhidmatan hometuition, saya memberikan pengajaran untuk empat subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Selain itu, saya juga memberikan pengajaran untuk subjek Sains Tulen seperti Biologi dan Addmath. Namun, dalam beberapa tahun terakhir, saya telah memilih untuk menumpukan perhatian kepada dua subjek utama iaitu Matematik dan Addmath, termasuk dalam format DLP dan non DLP, untuk pelajar dari darjah 4 hingga SPM.

Terima kasih kerana memberi perhatian kepada perkongsian ini. Saya berharap dapat terus memberikan khidmat pendidikan yang berkualiti untuk pelajar-pelajar saya.

Sekian, terima kasih.
















No comments:

Post a Comment